Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

US Fries Fiesta 2017

$
0
0
OMG OMG OMG!
US Fries Fiesta kini kembali untuk tahun 2017! 
Alhamdulillah ini tahun ke-2 Aten dan masih diberi kepercayaan untuk mencuba dan mengambil bahagian dalam US Fries Fiesta. US Fries Fiesta tahun ni berlangsung dari 15 Jun 2017 - 30 Julai 2017 dan 10 restoran terlibat dengan acara ni. 

Antara 10 restoran yang terlibat dengan US Fries Fiesta : 
  1. Novotel Hotel
  2. Sam's Intan
  3. Yellow Brick 
  4. Movida
  5. Smores
  6. La Bodega
  7. Press Room
  8. Chaiwala Cafe
  9. Bonne Gilla
  10. Nevermine Pub & Bistro
Sebenarnya kempen macam ni bagi Aten best. Dapat exposure tentang fries (kentang goreng). Kebiasaanya, orang akan ingat fries hanya untuk goreng je. Tapi kalau korang jenis yang kreatif, fries ni pun boleh dijadikan pizza tau. Menarik kan? Kempen ini diadakan untuk menyokong restoran yang menggunakan produk kentang goreng dari US dan sekaligus mempromosi restoran mereka. Selain itu, membuka mata orang Malaysia bahawa kita boleh mencipta pelbagai hidangan dengan hanya menggunakan kentang goreng. Untuk pengetahuan korang, kentang sangat diperlukan dalam pemakanan kita. Mereka mempunyai kandungan potassium dan Vitamin C yang diperlukan untuk tubuh badan kita.
US Fries Fiesta @ Sam's Intan
Aten berpeluang untuk join US Fries Fiesta 2017 di Restoran Sam's Intan yang berlokasi di Damansara Intan. Rupanya restoran Sam's ni ada lama ada dan dah ada 3 cawangan berlainan. Kira Sam's Intan ni baru sahaja dibuka. Outlet ke-3. Nama restoran macam western gitu kann tetapi ada jual makanan seperti nasi lemak, rendang dan goreng2. Wahhh! Tapi tujuan Aten datang sini untuk mencuba fries yang dihidangkan di sini.
Cheesy Paprika US Curly Fries
Curry Mayo US Wedges
Review :
Terbaik dan kreatif! 
Siapa sangka wedges kalau makan dengan daun kari yang digoreng lagi sedap. Makan pulak dengan kari mayonis. Memang laju je habis Aten makan. Pernah makan kari mayonis? Aten ni first time makan kari mayonis. Memang sedap bila digabungkan dengan US Wedges. Yumsss! Ni bukan mayonis yang beli kat shopping mall tu tau. Mayonis ni chef restoran ni yang masak sendiri. Sangat talented! Curly fries pulak memang wajib la kan makan dengan sos keju. Memang perfect combination yang mampu buat orang addicted macam Aten. Kalau makan fries 2 ni depan TV, rasanya boleh habis. Dapat pulak suami pun kaki kentang goreng, memang confirm berebut. Ternyata fries dari US ni memang sedap. Gabungan dengan tukang masak yang kreatif mampu menghasilkan hidangan unik yang tak dapat dilupakan! 
Sam's @ Intan
Address :
1, SPRINT, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Contact : +60 3-7731 9538
Operation hours : 12PM - 1AM




Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles