Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Bibir Menawan dengan Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

$
0
0
Hi korang!

Huwaaa sejak2 intern ni busy sangat sampai tak terupdate blog. Wuwuwuw. Tak sabar nak habis intern. Boleh update blog hari-hari. Hehehe.

Entry kali ni Aten nak cerita dengan korang satu produk terbaru dari Mary Kay iaitu Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick . Perempuan dan lipstick memang takkan boleh dipisahkan. Ye dak? Mesti dalam beg makeup korang mesti ada lebih dari 2 - 3 lipstick? Kan kan kan. Kalau pergi shopping tu, tak sah lah kalau tak cuba lipstick dan beli kannn? Aten selalu gitu lah. Semalam godek2 beg makeup ada dalam 15 lipstick :'D hahahaha.
Selamat tinggal kepada bibir yang kering!
Wahhh tak sangka Mary Kay keluarkan 8 jenis warna Gel Semi-Matte Lipstick. Macam tau tau je Aten ni ada bibir yang kering lepastu dorang keluarkan Gel Semi-Matte Lipstick. Excited sangat bila tau pasal Gel Semi-Matte Lipstick ni. Lepas ni takde dah bibir kering. Memang lain dari yang lain :D Hehehehe.

Kenapa Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ni best?

1) Semi-Matte Finish - Mary Kay menggunakan 'Cushion Matrix Technology'
Dengan "Cushion Matrix Technology" , Mary Kay menggunakan mikrosfera silika yang halus untuk membenamkan dan mengekalkan warna pada permukaan bibir sepanjang hari. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick mengandungi bahan-bahan seperti ester minyak bunga matahari dan jojoba, untuk membantu permukaan bibir dan lipstick kekal sehingga 24 jam! :O
2) Formula Gel
Formula gel yang ringan membuatkan lipstick senang digunakan dan meninggalkan kesan rasa yang sangat lembut. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick dicipta untuk memberikan soft-focus effect dengan peresap optik dimasukkan untuk menyerakkan cahaya dan mengkaburkan ketidaksempurnaan kecil pada perrmukaan bibir

3) The Bold Colors
8 pilihan warna yang pasti membuatkan bibir korang cantik dan menawan setiap kali aplikasi - Bashful You, Rich Truffle, Mauve Moment, Powerful Pink, Always Apricot, Poppy Please, Crushed Berry and Midnight Red memenuhi trend zaman kini. 

Mary Kay Gel Semi- Matte Lipstick boleh didapati mulai 1 Ogos 2016 dan seterusnya pada harga RM55. 

Jom tengok video Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ni :D
MARY KAY DREAM BEAUTIFUL CONTEST
Mary Kay, jenama kosmetik telah mengumumkan pertandingan Mary Kay Asia Pasifik 2016 Dream Beautiful Beautiful kini dah dibuka. Dalam tahun keempat, pertandingan Dream Beautiful Contest  merupakan satu pertandingan makeover serantau untuk mencari Asia’s next modeling star dan bakat baru mekap artis.
The Dream Beautiful Contest menggalakkan wanita untuk menemui kecantikan mereka dengan kerjasama dengan perundingan kecantikan bebas Mary Kay untuk mencapai impian mereka dengan Mary Kay!

Sape yang masih taktau amende Mary Kay Dream Beautiful Contest ni boleh refer video bawah ni : 
Ape tunggu lagi? Jom join contest ni. Mana tau muka anda yang menjadi penghias majalah Mary Kay nanti !
 Semoga berjaya :D

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles